Wednesday, June 16, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 6 - Perlawanan Brutal

Sambungan kes yang lepas.......
Huru hara jadinya asrama lelaki dengan kedengaran beberapa budak lari lintang pukang menyelamatkan diri. Loki betul-betul dah kena rasuk. Matanya merah bak bola snuker, rambut tegak keatas dan nampak macam ada otot-otot mula terbentuk lalu menjadikan Loki seperti pahlawan WWF. Habis segala perabot bersepai dilibas olehnya.

Zupppp!...Loki lincah melompat tinggi dan bertenggek di atas bumbung. Mataya tajam merenung mangsa seterusnya barangkali.

Siba yang berada berhampiran merasa amat pilu melihat keadaan Darby sebegitu, lalu dia meluru laju untuk membantu. Dicabut nya Darby dari lantai...kelihatan Darby sedikit mamai. Darah dikepala masih mengalir.

Siba: "are you ok my friend?"
Darby: "im fine..thank you...err, how about you?"
Siba: "Excellent!"

Lalu mereka membaca jampi serapah dan bergabung menjadi predator berkuasa kuda. Keazaman tinggi dan dibantu juga oleh Imam Storam yang tak tumpah bagai Merong Mahawangsa 'tag-team' bergaduh dengan Loki. Satu pertarungan yang sengit sampai cerah malam gelap itu dengan aura masing-masing. Loki mahir menggunakan Jurus Patukan Ayam Berapi. Predator pula pandai membalas dengan skill Sikuan Buruk. Manakala Imam Storam lebih senang dengan ilmu Libasan Serban Tepat Dipipi Kanan-mu.

Mula-mula Predator membuat pukulan. Sehingga servis bertukar tangan, Loki pula membuat hanyunan. Imam Storam kadang-kadang buat pukulan curi. Situasi ini berlarutan sehingga 3 jam lamanya.



Tidak berapa jauh dari tempat kejadian......

Gores:"Perghh...dasyat! Amacam Yuyu, nak menghulurkan bantuan ke tidak?"
Yuyu:"Jangan bro...hikmat kita masih hingusan lagi..kau tengok la aku, jalan pun belum lurus. Ini semua gara-gara menyamar jadi tiang mikrofon haritu.
Gores:"Bijak!...jadi, aku ada bekalkan mister potato..sambil tonton tak lengkap tanpa jajan"
Yuyu: "Sahabat.....kau memang seorang yang perfectionist!"

Ketika ini kelihatan Loki semakin lemah. Line Bar nyawa nya dah berkelip-kelip. Predator lantas melakukan aksi penyudah..Bukkk! satu siku yang bergaya diajukan tepat pada dahi Loki. Loki rebah lemah. Lantas Imam Storam mengajak kawan-kawan berkumpul untuk membaca Surah Yassin bagi mengawal tindak tanduk Loki. Loki berdengus perlahan tanda letih...Malam itu semua menghela nafas kelegaan dan berterima kasih kepada Imam Storam dan Predator kuasa kuda.

****

Pagi rabu macam biasa budak-budak bersiap mahu ke kelas awal. Ada yang sempat lagi menjamah nasi lemak dewan makan, ada yang baru terhegeh-hegeh menggosok baju dan ada juga yang baru nak berak. Keadaan normal macam tiada apa yang berlaku malam semalam.

Loki berjalan sayu...kepalanya sentiasa pandang kebawah, mukanya pucat. Letih sangat nampaknya dia.

"Kau ok tak sahabat?" Sipil bertanya kasihan. Loki hanya membisu dan meneruskan langkah.

" Kalau ada apa-apa, bagitahu lah..aku boleh tolong mana mampu." tegas Sipil

" Kau nak tolong aku??....kau boleh tolong aku halau benda besar lagi hodoh ni dari depan aku tak?...dekat sebelah sana pun ada satu, sana pun ada...dekat atas pokok pun...semua TEMPAT PUN ADA!!!!" laung Loki.

Sipil terlopong.....




Tuesday, June 15, 2010

Lady Gaga - Alejandro ( superb black metal)

Aku dapat tahu pasal Lady Gaga dengan idiot-logy dia tentang antichrist, free thinker mason dan yang bersangkut paut adalah dari En.Carls...dekat blog dia ada cerita panjang lebar tentang gejala songsang orang-orang kapitalis ini. Jadi bila video clip Lady Gaga satu-satu dikaji secara mendalam, banyak simbol-simbol dan maksud-maksud tersirat yang kearah idiot-logy nya itu.

Tentang antichrist ini aku kurang ambil port sangat. Yang penting aku jaga agama aku. Tapi bila aku dok baca-baca tentang freemason ini, dia ada kena mengena sikit pasal antichrist dan juga dajal dan ini boleh membawa kepada sesat laluan hidup....kira dia punya bos adalah tru evil (setan kepala kambing).....perghhh, tak ke gila ba punya metal tu! Macam kes dulu-dulu tentang black metal, kira siapa obses dengan minah ini boleh jadi sesat la kot...

Video dia yang paling baru aku rasa dah makin terang-terang dia nak tunjuk idiot-logy dia. Dalam hati aku berfikir, kenapa baru sekarang benda ini nak kecoh?padahal dah berkurun dalam al-quran,sunnah dah bagi 'warning'...dan aku macam dapat satu clue....selama ini mungkin haiwan-haiwan ternakan kapitalis tak berapa nampak atau masih tak tahu tentang perkara ini, jadi diwujudkan propaganda tentang freemason,antichrist dan macam-macam lagi secara 'world-wide'....dalam 10000 orang tengok aku rasa mesti ada 10 yang rasa benda itu macam 'cool'.....

Kalau sebut pasal antichrist....maryln manson itu aku rasa lagi besar kepala dia punya iblis...setakat awek 'freak' lady-gaga? celah gigi.....


Simbol yang aku bulat tu kalau tak tahu pergi tanya ibu dan bapa masing-masing



Haram J...kalau simbol keagamaan diorang pun boleh main-main...agama kita?




Yang ini aku kurang fasih...telan salib. Mungkin salah satu cara nak jadi kuat? atau ritual?




Pegangan hati kau lebih penting daripada menyalak tak tentu pasal......



Monday, June 14, 2010

Perangai Pelik Bab 7: Edisi Bola

Aku ada member yang cukup pekat semangat bola dia. Semangat dia lagi jitu bila sebut pasal Chelsea...perghh. Bila tengok bola dan time itu pula Chelsea ada main, kau boleh nampak aura biru keluar dekat badan dia. Try kutuk Chelsea depan dia masa tu, tengok jauh mana remote tv boleh masuk dalam mulut kau. Aku suka kalau tengok bola dengan mamat ni...sebab dia punya semangat kalah juru cakap bola dalam tv. Kalau Chelsea kalah atau team lawan tengah leading, jangan la kau buat lawak dekat dia..comperm emosi dia masa itu iras gadis tengah period muka muncung.

Tapi bila Chelsea menang...kau ajak saja makan roti tisu, memang dia belanja. Semangat Chelsea dia juga boleh tengok masa main game bola pakai PS2 aku. Team yang dia pilih dari awal sampai naik juling main game sudah tentu Chelsea. Kadang-kadang aku saja bagi kalah bila lawan dia, risau aku kalau dia asyek kalah nanti boleh menjejaskan tekanan darah dia.

Ilmu pengetahuan dia tentang Chelsea memang pegi. Kalau dulu masa tingkatan 5, subjek sejarah ada sub-topik pasal Chelsea.....aku rasa mesti dia king. Memang rare...segala ilmu pengetahuan Chelsea sangat menebal dalam jiwa.

Ada satu kejadian masa aku dan Darby lepak dekat rumah aku........


Aku: "impian masa depan kau sekarang dah sampai tinggi mana?"
Darby: "kalau dulu aku lebih tumpukan pada pembangunan luar bandar..sekarang aku nak kearah bendung rasuah"
Aku: "tinggi.....kau dah ade awek baru belum"
Darby: "awek...aku baru lepas break"
Aku: "padan muke.....sebab?"
Darby: "aku dengan dia memang saling menyanyangi...tak tumpah macam John lennon dengan Yoko Ono. Memang hubungan aku dihiasi dengan bunga-bunga dan juga pelangi.
Aku: "geli..."
Darby: "ada sekali tu dia tanya aku, bila kawin nanti...gamba kahwin nak gantung besa-besa dekat ruang tamu atau bilik tido?..aku jawab kat bilik tido tak boleh.
Aku: "Apasal.."
Darby: "Bilik tido aku nak gantung besa-besa gamba Andriy Shevchenko"
Aku: "...."





abang darby......




Saturday, June 12, 2010

Saya Suka Reality TV Show Ini!

sebelum kita berweekend minggu ini,come lets see 3 of my favourite reality TV shows yang sangat hot sekarang ni..saya akan list 3 paling best dan paling saya gemar nonton ya..

1.We Got Married

Photobucket

ini Korean reality TV show..dipengaruh hebat oleh roomate kesayangan,cik Asma..tiap malam dia akan tengok dan akan gelak yang over tu,sampai I macam,weh!apa yang lawak sangat citer ni,bak external kau!aku nak tengok...

sekali tertengok..hah kau!memang best..lalu bawak external Asma balik rumah,pegi promote dekat adik-adik sampai si Luqman pun sibuk nak tengok sampai duduk 4 orang satu katil..semua terus addicted tengok cerita ni..sampai mama suruh bawak laptop tengok dekat hall sebab mama tak nampak muka kitorang dalam rumah tu dah..cuba korang tengok sekali!memang sweet habis couple dalam cerita ni..dan nama pun korea,jadi penuh dengan aksi comel lah..

sinopsis:
i dont know what is the best word actually..reality show ada sinopsis ke?heheh..cerita ni,ada banyak pasangan..and each pasangan adalah di kalangan artis,dan diorang kena kahwin main-main..ada yang dapat pasangan lagi tua dari diorang,ada yang dapat pasnagan yang tak cantik,ada pasangan yang asyik-asyik nak gaduh..dan semua pasangan tak akan diberitahu siapa pasangan dia..kira surprise!!

tapi..pernah suruh hentak belipat tengok,memang bo layan punya..nak pulak dia tengok cite-cite macam ni..hilang akal dia cakap..

2.Keeping Up with the Kardashians

Photobucket

ni pulak reality TV yang mengisarkan satu family yang famous..siapa tak kenal Kim Kardashian,hot model ni..tapi Hentak Belipat memang tak kenal pun..I penat suruh tengok banyak kali pun dia cakap,mende nih,,tak faham,,bye!

tapi reality show ni memang kitorang satu family tengok..sebab anak-anak nak tengok jadi,mama dan ayah terpaksa tengok walaupun macam aisyh!sexy habisnya diorang ni,cium sana cium sini,,haih!apa astro tunjuk cerita mcam ni..kitorang tengok sebab nak tengok Kim kot..heheh..hot gila!

3.Kimora-LIfe in The Fab Lane

Photobucket

ni pulak cerita supermodel yang terkenal,Kimora Lee Simmons menguruskan family dan empayar dia..ayah cakap,she's a horrible,bossy bos..kalau tengok cerita ni memang hey!gila lah pekerja dia,sanggup eh nak kerja mcam tu..dengan anak-anak dia yang dari kecik lagi macam dah bossy gila dan berlagak..Kimmora ni yang macam sangat suka benda yang famous-famous and mahal-mahal and semua mesti dia yang paling best..padahal Oprah lagi kaya dari dia..tak malu!boo..mama memang tak bagi snagat kitorang tengok cerita ni,sebab buruk perangai sangat Kimmora ni..tapi bila tunjuk rumah dia,and dia nak decorate untuk party ke apa,mama terus ok,boleh tengok..amik idea..heheh

So,kalau nak tengok Kardashian dan Kimora,boleh tuned in Channel E!macam tiap hari ada kot sebab Astro biasalah akan ulang banyak kali satu cerita kan..

Kalau nak tengok We Got Married pulak,boleh downloadlah kat mana-mana..heheh..ni memang konpim best woo!




Thursday, June 10, 2010

Transnasional = Fakap


 Chimbeng besar......

Kau memang nak aku gune kate kate kesat bukan....

Bukan lewat 30 minit pun, 2 minit bro....2 minit...

Tak kesah la kalau aku salah ke kau salah ke...

Tetap kau Bus 3rd

Bikin hari aku batal!

Semoga lingkup lah kau hendaknya.....

Cheers!




cokelat murah?cokelat mahal?Haniffa?

oh oh oh..mari sini please..nak bagitau semua orang kampung ni, mari pegi satu kedai cokelat yang sungguh best in town yaw!

mula-mula tengok kedai ni..heh!takbest pun..macam Mydin je..mesti serabut kan dalam tu lepas tu penuh bangla-bangla yang bau ketiak 1km boleh bau woo!lepas tuh,akan pasang semua lagu hindustan kuch-kuch semua..terus batal taknak masuk Haniffa ni..tapi...

bak kate omputih,dont judge a book by its cover kan..cuba masuk sekalai tengok macam mana kat dalam..dahlah bila orang keluar dari supermarket hebat ni,diorang bawak cokelat ya rabbi!banyaknya..siap berkotak-kotak..eh!ni bukan langkawi lah cokelat murah!

hmm..i wonder supermarket besar ni ada apa kat dalam eh?

masuk-masuk je kedai ni ada lagu Justin Bieber lah!!wow!!maju dari Mydin..
first floor dia je kan..korang akan nampak satu row full of cokelats!!!bagi peminat-peminat cokelats...jom try beli cokelats dekat sini..sebab ada yang jauh lebih murah dari kedai biasa..but ada jugak yang harga dia sama kot?

ok ni baru satu row tau..baru SATU

lepas tu nampak pulak cekelat macam ni..mesti oh!teruja nya kan..kalau chocolate orang akan panggil cokelat dalam bahasa melayu..kalau candy,orang perak akan panggil cekelat..comel je..macam cokelat yang kelat..cekelat!


Lepas tu,nampak pulak cokelat mahal ni..tapi serius weh!cokelat ni memang sedap sebab dia ada rasa biskut-biskut sikit tapi I tak pernah beli pakai duit sendiri lah..sebab besar ni dah dekat rm10 kan..baik pegi beli nasi goreng..jadi cokelat seperti ini,harus pegi beli dengan ibu bapa..oleh itu,saya di JB tak makan cokelat ini

snickers pulak memang all time feveret..dari kecik,memang ini makan tiap hari..oleh itu,bila besar jadi gedebap!rm2.80 di sini

lepas tu jalan lagi nampak corner yang sungguh colourful macam ni..I yang bukan fan of cokelat dan cekelat pun akan bernafsu tengok ni weh

hai awak!banyaknye awak ni duduk longgok-longgok kat sini..takda orang nak amik awak lagi ke?siannya awak-awak ni..saya memang tak suka kitkat,,so selamat tinggal..

hmm..ni pun saya tak suka,jadi saya bagi awak kat Mis jelah..dia memang hantu M&Ms ni..

tengok ni,,dahlah besar lepas tu harga dia rm5.90..double wow kan!lepas tuh,dapat pulak percuma satu lagi cokelat..double yeay pulak!

kalau crunchie lawan dengan snickers,mestilah crunchie menang!sebab crunchie ada biskut sedap kat dalam dia..yang keras tu tak sedap tapi yang lembut tu BEEESSSTT!!ini harge dia rm3.00

jadi,masuk je kedai ni terus grab trolly tepi pintu masuk dan get ready!!!serang!!!come to mama my cokelat and cekelat!!!

ok I missed out one important information about Haniffa kan..its located in Jalan Masjid Inida...dekat dengan SEMUA HOUSE..korang boleh nampak dengan senang sebab gedabak habis supermarket ni..sambil beli tudung,harus beli cokelat dan cekelat juga nak bagi energy kan..
tengah bayar cokelats dan cekelats,tiba-tiba dengar lagu Hindustan..ok Batal..jom balik..






Wednesday, June 9, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 5 - Bau Aneh

Tak beberapa hari yang sudah.....

Bigong: "Kau takde tempat lain ke nak sigop, Loki... stor ni banyak habuk kotoran la!"
Loki: "Tenang suda..takkan aku nk sigop dalam tandas...sekarang warden makin licik tahu."
Bigong: "Janji mesti dikotakan..minggu ini aku tahu Big Mac dalam genggaman aku"
Loki: "Tak de hal...weh, kau ade tisu...hidung aku banjir"
Bigong: "Baju kau banyak ruang kan....tu tepi meja macam ada sapu tangan...rogol je"

Sedang Bigong asyek menghabiskan Dunhill merah tadi, dia ternampak kelibat tubuh sedang melihat mereka dari cermin stor itu. Lantas ditolak Loki yang asyek mengorek hidung tadi untuk lari. Pintu stor yang sengaja dibuka kecil bagi memudahkan diri untuk melolos keluar diaplikasi pantas.

" Bidong!!slide laju!!" pekik Loki sambil terus membuat satu slide kencang dari tempat dia lepak tadi. Jarak ada 200 m dari pintu...Zappp!!! Loki lepas keluar.......Zappp...Bang!!!!! Bigong tersekat. Loki terlupa saiz Bigong 2 kali dari dia. Bukaan kecil pintu tadi hanya muat-muat dirinya sahaja. Loki terus slide tanpa henti akibat dia terkejut dan terlebih guna tenaga. Bukkk!!!....Loki pula tersembam tepat pada dinding koridor.

Sunyi........

****

Malam itu Loki cergas mencari sapu tangan warna putih. Habis digeladah loker nya dan juga loker jiran-jiran. "Jumpa!!". Loki tersenyum lega. Tapi senyum itu segera hilang bila hidungnya menangkap bau yang aneh lagi tak wangi langsung. Besar hidung loki mencari arah bau itu. Tiba-tiba dia terpaku. Matanya mula membesar bila bau itu betul-betul datang dari sapu tangan putih.... Bau kematian.

Bau kapur barus segera memenuhi ruang bilik Loki. Ada juga 2-3 budak perasan bau itu lalu tercari-cari. loki yang gabra berlari ke bilik air. Sental demi sentalan pada tangan tidak mendatangkan hasil. Bau kapur barus masih melekat. Dijajanya sapu tangan putih dan tangannya yang penuh bau itu diserata blok asrama lelaki. Ini untuk memastikan betulkah bau tersebut datang dari sapu tangan itu. Rata-rata budak bersetuju dan bertindak menghalau Loki akibat takut.

Imam Storam sedang bertapa diatas bumbung terganggu dengan bau tersebut. Lantas dia segera meloncat dan berlegar-legar dalam 2-3 minit di udara..."Loki!....ikut aku pulangkan sapu tangan itu sekarang!" arah Imam Storam dengan garau saling tak tumpah macam suara iklan arak dalam wayang. Loki angguk setuju dan mengikut sahaja Imam Storam dari tanah menuju stor. Dalam hatinya berdoa agak segalanya berakhir.

Tepat pukul 12.00 malam.....

Loki masih belum tidur. Resah nampak dirinya. Dari tadi termenung di tingkap yang lohong. Tingkap tersebut adalah check-point untuk skodeng pelajar perempuan yang bloknya betul-betul dihadapan. Budak-budak lain sedang lena dengan tenteram, kecuali Darby. Dia memang jenis burung hantu.

"Tidurla Loki...kau tak habis-habis intai dekat cermin tu. Bukan nampak apa-apa pun. Teropong aku dah rosak, nanti sabtu aku nak beli baru...barulah jelas pemandangan." Tegur Darby lembut.

Gedegang!!!!

Belum sempat apa-apa, kelibat loker terpelanting keluar dari bilik mereka berdua. Darby sungguh terkejut sambil menggigit meja. Rupa-rupanya Loki telah merembat dengan tonjol loker itu. Darby kaget sekejap. "Oii!!kau apasal ni..naik minyak ke." Darby acuh tak acuh dengan tindakan Loki.

Mata Loki liar memandang kiri dan kanan. Dengusannya kencang. Bahunya naik turun macam baru gaduh dengan awek. Darby terus berlari dan memeluk Loki untuk mengawal keadaan..tapi Darby silap. Sekali detik Loki melepaskan diri dan terus pula memeluk Darby dari belakang. Bukkk! lagi....German Suplex yang kemas dilakukan oleh Loki keatas Darby. Terpacak kepala Darby tegak menembusi 7 lapisan simen. Darah merah mengalir deras...

Sekejap sahaja riuh satu asrama. Meriah malam buta itu dengan orang menjerit LOKI KENA RASUK!!!